GAMBARAN KESELURUHAN PENYEDIAAN DAGING DAN KESELAMATAN MAKANAN

Keselamatan, kualiti dan integriti daging merah amat penting kepada industri daging merah dan ternakan Australia. Proses dan prosedur yang ketat telah dilaksanakan dalam memastikan integriti daging lembu, daging biri-biri muda, daging biri-biri dewasa dan daging kambing untuk pengguna dan pelanggan adalah sama. Di bawah adalah gambaran keseluruhan sistem keselamatan di ladang dan di luar ladang dalam industri daging merah Australia.

PEMPROSESAN

PEMPROSESAN

Fasiliti pemprosesan adalah sesuatu yang diambil serius. Setiap kilang di Australia beroperasi di bawah undang-undang kerajaan Persekutuan, yang menuntut pendaftaran dan perancangan keselamatan makanan yang terperinci. Layanan berperikemanusiaan terhadap lembu dan biri-biri sewaktu proses penyembelihan dijalankan di rumah sembelih adalah satu keutamaan, sama seperti tumpuan yang diberikan dalam mengekalkan kualiti dan keselamatan di sepanjang proses tersebut. Rumah sembelih Australia menggunakan teknologi terkini bagi memastikan pembaikan berterusan dalam kecekapan pengeluaran tanpa mengabaikan tahap keselamatan daging yang tinggi.

Walaupun kilang berbeza-beza dari segi reka bentuknya (bergantung kepada kepelbagaian pasaran di tempat masing-masing serta jenis yang mereka proses), setiap satunya menggunakan teknologi paling canggih untuk memastikan kecekapan, keselamatan dan kebolehpercayaan. Sektor pemprosesan daging Australia merupakan peneraju dalam penyiangan dan pemotongan daging lembu dan biri-biri sedunia.

KEMARMARAN

KEMARMARAN

Persediaan lain yang dilalui oleh daging untuk penggunaan adalah kemarmaran dan penuaan. Apabila ia berkaitan dengan memaksimumkan kemarmaran pada daging lembu iaitu meningkatkan tompok-tompok lemak halus yang terdapat dalam otot daging merah — lembu perlu diberikan diet yang tinggi nutrisi – samada diet tersebut rumput atau bijian. Kaedah penternakan yang berbeza menghasilkan pengeluaran yang berbeza. Di Australia skor kemarmaran diukur daripada 0 - 9+.

PENUAAN

PENUAAN

Semasa proses penuaan, protein yang memberi bentuk dan fungsi otot mula dipecahkan oleh enzim yang tersisa dalam tubuh selepas penyembelihan. Penuaan daging basah menerangkan proses penyimpanan umum yang berlaku selepas karkas dipotong atau dibuang tulang untuk dibungkus dan disimpan. Ia meningkatkan kelembutan, tetapi tidak banyak mempengaruhi rasa daging. Sebaliknya, penuaan kering secara tradisinya dilakukan dengan menggantungkan samada keseluruhan atau potongan karkas di dalam bilik sejuk. Rahsia untuk daging tua kering adalah pengurangan kelembapannya. Proses ini biasanya mengambil masa 7-14 hari tetapi boleh mencapai sebulan atau lebih lama.

Halal

Daging lembu dan biri-biri Australia terhasil daripada lembu dan biri-biri yang dilepaskan untuk meragut secara semula jadi di tanah yang disinari cahaya matahari keemasan dan padang rumput yang subur menghijau. Dagingnya lazat dan lembut, dengan tekstur yang konsisten. Ditambah pula dengan salah satu standard kualiti yang paling ketat di dunia serta program Jaminan Halal penanda aras industri, anda pastinya akan tahu mengapa Daging Lembu dan Biri-biri True Aussie menjadi pilihan utama beberapa chef terbaik dunia.

BANYAK LAGI TENTANG HALAL SELAIN PROSES MENYEMBELIH

BANYAK LAGI TENTANG HALAL SELAIN PROSES MENYEMBELIH

Terdapat tanggapan salah yang sering berlaku bahawa 'Halal' hanya merujuk kepada pematuhan beberapa syarat penyembelihan haiwan dan pemprosesan daging. Namun maksudnya adalah lebih daripada itu.

Adakah anda tahu bahawa undang-undang agama juga ada menjelaskan bagaimana haiwan harus dilayan semasa hidupnya? Ia menegaskan bahawa tiada toleransi terhadap penderaan dan penganiayaan haiwan. Sebagai contoh, ia menyatakan bahawa haiwan tidak boleh dianiaya atau disakiti. Di samping itu, ia juga mesti disediakan dengan air bersih, makanan, udara segar dan ruang yang cukup untuk mereka bebas berkeliaran,

Apabila anda membeli Daging Lembu dan Biri-biri Halal dari Australia, anda boleh meyakini bahawa anda akan mendapat daging yang bersih, selamat dan dijamin 100% Halal.

 

NUTRISI

NUTRISI

DAGING LEMBU

Apabila ia berkaitan dengan memilih sumber protein yang sihat, daging lembu Australia tanpa lemak merupakan pilihan yang lazat dan sihat bagi memenuhi keperluan protein berkualiti tinggi anda. Disebabkan sebahagian besar lembu-lembu Australia diternak di padang rumput ternak, produk daging lembu Australia yang diberi makan rumput adalah tanpa lemak dan secara semula jadi mengandungi 13 nutrien asas yang diperlukan untuk kesihatan yang baik termasuk Zat Besi, Zink, Omega-3 dan vitamin B.

DAGING BIRI-BIRI

Apabila ia berkaitan dengan memilih sumber protein yang sihat, daging biri-biri Australia tanpa lemak merupakan pilihan yang lazat dan sihat bagi memenuhi keperluan protein berkualiti tinggi anda. Disebabkan sebahagian besar biri-biri Australia diternak di padang rumput ternak, produk biri-biri Australia adalah tanpa lemak dan secara semula jadi mengandungi 13 nutrien asas yang diperlukan untuk kesihatan yang baik termasuk Zat Besi, Zink, Omega-3 dan vitamin B.

Dapatkan lebih banyak maklumat

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PROTEIN