Laman web ini Syarat penggunaan

TERMA PENGGUNAAN

  1. 1.      Umum

1.1  Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh Meat & Livestock Australia Limited (ABN 39 081 678 364) ("MLA", “kami” atau “kita”). Alamat perniagaan utama kami di Australia adalah Tingkat 1, 40 Mount Street, North Sydney, NSW Australia 2060.

1.2  “Kamu” atau “anda” bermaksud pengguna laman web ini termasuk, bagi pengguna bawah umur (selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai di dalam bidang kuasa anda), ibu-bapa atau penjaga kepada pengguna bawah umur tersebut.

1.3  Akses anda ke laman web ini adalah tertakluk kepada terma dan sebarang terma tambahan, notis dan penolak tuntutan yang terpapar di dalam laman web ini (“Terma Penggunaan”). Jika anda menggunakan laman web ini, anda mengesahkan bahawa anda terima Terma Penggunaan ini dan anda bersetuju untuk mematuhinya. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma Penggunaan ini, sila jangan menggunakan laman web ini.

1.4 MLA boleh meminda Terma Penggunaan ini dari masa ke semasa, dan Terma Penggunaan yang terpinda akan dipaparkan di laman web MLA. Sila semak laman web MLA dari masa ke semasa untuk pindaan kepada Terma Penggunaan. Setiap kali anda ingin menggunakan laman web ini, sila semak terma-terma tersebut untuk pastikan bahawa anda memahami terma yang terpakai pada masa itu. Apabila anda menggunakan laman web ini secara beterusan selepas pindaan dibuat, anda menunjukkan persetujuan anda kepada pindaan tersebut.

1.5  Terma Penggunaan ini merujuk kepada polisi-polisi yang berikut yang turut terpakai kepada penggunaan laman web ini (tertakluk kepada lokasi anda):

  • Dasar Privasi atau Notis Privasi EU, seperti yang berkenaan, yang menyatakan kaedah kami mengumpul, mengurus, mengguna, menzahirkan dan memproses maklumat peribadi atau data peribadi (mengikut mana-mana yang berkenaan), yang kami kumpulkan daripada anda atau yang anda bekalkan kepada kami. Dengan menggunakan laman web ini, anda bersetuju kepada pengumpulan, pengurusan, penggunaan, penzahiran dan pemprosesan maklumat tersebut dan anda menjamin bahawa segala maklumat dan data yang dibekalkan oleh anda adalah tepat.
  • Polisi Kuki (Cookies Policy) yang menyatakan maklumat tentang kuki di dalam laman web ini.

2.  Hak Cipta

2.1  Semua hak (termasuk hak harta intelektual seperti hak cipta) di dalam laman web ini, kandungan dan reka bentuk laman web ini adalah dimiliki oleh atau dilesenkan kepada MLA. Semua karya tersebut dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan persetiaan seluruh dunia. Semua hak tersebut adalah terpelihara.

2.2  Anda boleh membuat salinan sementara sebahagian atau seluruh laman web ini untuk tujuan anda melihatnya dan mencetak satu salinan untuk kegunaan peribadi sahaja.

2.3   Anda tidak boleh menghasilkan, menyesuaikan, menyimpan, menghantar, mencetak, memapar, menerbit atau menghasilkan karya-karya terbitan daripada mana-mana bahagian kandungan atau reka bentuk laman web ini kecuali dengan persetujuan bertulis daripada MLA atau seperti yang dibenarkan oleh undang-undang hak cipta yang berkenaan.

3. Penerbitan, Laporan Dan Maklumat MLA

3.1 Segala penggunaan penerbitan, laporan dan maklumat MLA di dalam laman web ini juga tertakluk kepada Terma Penggunaan Laporan Pasaran, Data dan Maklumat (untuk kegunaan dalaman sahaja) MLA.

4. Cap Dagangan

4.1  Semua cap dagangan, nama dagangan, tanda servis dan nama produk dan perkhidmatan dan logo lain yang terdapat di dalam laman web ini adalah dimiliki atau dilesenkan kepada MLA dan dilindungi oleh undang-undang cap dagangan dan hak cipta yang terpakai.

5.  Penolak Tuntutan

Umum

5.1  Jika boleh, ketepatan maklumat di dalam laman web ini dipastikan dengan teliti. Namun, ianya tidak bertujuan untuk menjadi nasihat yang anda patut bergantung. Anda perlu mendapatkan nasihat profesional atau pakar sebelum mengambil atau elak dari mengambil sebarang tindakan hanya berdasarkan kandungan laman web ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, MLA tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan atau kelengkapan maklumat atau pandangan yang terkandung di dalam laman web ini. Anda perlu membuat pertanyaan sendiri sebelum mengambil sebarang keputusan berkenaan dengan kepentingan anda.

Ramalan Ekonomi

5.2   Maklumat di dalam laman web ini diperoleh daripada pelbagai sumber termasuklah sumber pihak ketiga. Sejauh pengetahuan MLA, maklumat di dalam laman web ini menggambarkan permintaan pasaran yang sedia ada dan permintaan pasaran di masa hadapan yang tepat. Tetapi MLA tidak mengesahkan semua maklumat yang diperoleh daripada pihak ketiga, dan ramalan dan pengunjuran adalah tidak tepat dan tertakluk kepada tahap ketidakpastian yang tinggi. MLA tidak membuat sebarang perwakilan kecuali setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, kecuali semua jaminan berkenaan dengan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini.

Pemakanan (Nutrition)

5.3   Laman web ini mungkin mengandungi maklumat berkaitan dengan pemakanan. Maklumat ini tidak merupakan nasihat perubatan dan anda patut mendapatkan perudingan daripada pakar kesihatan sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan kepentingan anda.

6.   Nama Pengguna Dan Kata Laluan

6.1   Kami mungkin memerlukan anda mendaftar nama pengguna dan kata laluan untuk membenarkan anda mengakses bahagian tertentu di dalam laman web ini. Anda bertanggungjawab untuk memastikan kesulitan dan keselamatan nama pengguna dan kata laluan anda dan untuk semua kegunaan atau aktiviti yang berlaku di dalam akaun anda, termasuklah kegunaan dan aktiviti yang tidak dibenarkan.

6.2  Anda perlu memberi notis kepada MLA dengan segera jika wujud sebarang penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda yang tidak dibenarkan.

6.3  MLA tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang menimbul akibat penggunaan nama pengguna dan kata laluan anda yang tidak dibenarkan.

6.4  Kami mempunyai hak untuk mematikan sebarang nama pengguna atau kata laluan pada bila-bila masa jika anda, pada pendapat wajar kami, telah gagal mematuhi peruntukan di dalam terma penggunaan ini.

7. Forum Perbincangan

MLA tidak mengesahkan atau menyokong, atau bertanggungjawab untuk (setakat dibenarkan oleh undang-undang) sebarang pandangan atau cadangan yang dipapar di dalam laman web ini. Kami sangat mensyorkan bahawa anda menggunakan kebijaksanaan dan keraguan dan anda mendapatkan nasihat profesional sebelum bergantung kepada mana-mana paparan. Jika anda bergantung pada maklumat dalam paparan pencatatan, anda berbuat demikian hanya atas risiko anda sendiri.

8.  Kandungan Yang Anda Kemukakan Kepada Kami

8.1 Jika anda menerbitkan kandungan di dalam laman web ini, anda memberi kami kebenaran lesen antarabangsa yang tidak boleh ditarik balik, berterusan, tidak eksklusif, bebas royalti, boleh disublesenkan untuk mengguna kandungan tersebut untuk sebarang tujuan, termasuk pemasaran dan promosi produk dan perkhidmatan kami dari masa ke semasa. Setakat dibenarkan oleh undang-undang, ini termasuk hak untuk membuang, mengubahsuai, mengedit, menggunting, menonjolkan dan/atau menerbitkan semula kandungan anda.

8.2  Setakat yang dikehendaki untuk membolehkan kami melaksanakan hak-hak kami di bawah terma-terma ini, dan setakat dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju kepada sebarang perbuatan atau peninggalan yang akan melanggar hak-hak moral anda (seperti yang ditakrifkan di dalam Akta Hak Cipta 1968 (Copyright Act 1968) (Cth), dan termasuk mana-mana hak yang serupa yang diberikan oleh akta dan yang wujud, atau akan wujud, di mana-mana lokasi di dunia) dalam sebarang kandungan yang anda siarkan dalam laman web ini atau sebaliknya dibekalkan kepada MLA.

8.3  Anda tidak boleh memfitnah, memfitnah bertulis, mencemuh, memperolok-olokkan, memperkecilkan, mengancam, menggangu, menakuti, menyeksa, membuli, memperdayakan, menipu, atau mengelirukan pengguna lain. Anda menjamin bahawa sebarang kandungan yang dikemukakan oleh anda tidak melanggar hak harta intelektual atau hak-hak lain pihak ketiga atau memrupakan penyalahgunaan maklumat sulit orang lain.

8.4   Kandungan yang tidak sesuai (seperti yang ditetapkan oleh kami atau yang dilarang oleh undang-undang) tidak dibenarkan dan boleh dipadam tanpa notis.  MLA akan bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa undang-undang atau perintah mahkamah yang meminta atau mengarahkan kami untuk mendedahkan identiti penghantar kandungan yang tidak sesuai.

9. Laman Web Pihak Ketiga /Pautan

9.1  Laman web ini mungkin mengandungi pautan ke laman web pihak ketiga.  Laman web pihak ketiga ini bukan di bawah kawalan MLA dan kami tidak bertanggungjawab terhadap keadaan, kandungan atau mutakhir mana-mana laman web yang dipautkan.

9.2 Pautan ke laman web pihak ketiga disediakan semata-mata untuk kemudahan anda dan ianya tidak menunjukan, secara langsung atau tersirat, sebarang pengendorsan oleh MLA terhadap laman web atau produk atau perkhidmatan yang disediakan di laman web tersebut. Ia juga tidak menunjukkan bahawa MLA menyokong, melulus atau mengesyorkan pemilik atau pengendali laman web yang dipautkan.

9.3  Anda tidak boleh mencipta atau mengekalkan apa-apa pautan dari laman web yang lain ke laman web ini tanpa kebenaran bertulis terdahulu daripada MLA.

10. Pengumpulan Maklumat Serta Privasi

10.1 MLA boleh menggunakan kuki sebagai rekod lawatan anda ke laman web ini dan mencatatkan kunjungan anda untuk tujuan statistik dan perniagaan. Maklumat sedemikian mungkin termasuk alamat pelayan, nama domain, alamat IP, tarikh dan masa lawatan anda, laman-laman yang diakses, dokumen-dokumen yang dimuat turun, laman web yang dilawati sebelumnya dan jenis browser yang digunakan. Sebahagian daripada maklumat ini mungkin mampu mengenal pasti anda secara peribadi. Sila rujuk kepada Dasar Kuki (Cookie Policy) kami untuk maklumat lanjut.

10.2 MLA juga mungkin memerlukan anda untuk melengkapkan borang elektronik di laman web ini dan dengan berbuat demikian anda akan diperlukan untuk memberikan maklumat peribadi. Di mana berkenaan, kami mungkin akan meminta kebenaran anda untuk aktiviti pemprosesan tertentu (contohnya, menerima bahan-bahan pemasaran atau promosi).

10.3  MLA akan mengumpul, menyimpan, mengguna dan menzahir maklumat peribadi atau data peribadi, mengikut mana-mana yang berkenaan, selaras dengan dengan Dasar Privasi atau Notis Privasi EU, yang mana berkenaan.

11. Keselamatan

11.1  MLA menggunakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai dengan tujuan memastikan semua maklumat yang diterima daripada anda adalah selamat daripada penyaalahgunaan, penghilangan tidak sengaja, pemusnahan atau perosakan dan daripada akses yang tidak dibenarkan, pengubahsuaian dan penzahiran. Walau bagaimanapun, MLA tidak membuat jaminan terhadap langkah-langkah keselamatan dan, tertakluk kepada undang-undang privasi dan perlindungan data yang berkenaan (bagi maklumat peribadi dan data peribadi sahaja), MLA tidak bertanggungjawab atas penyalahgunaan, kerugian dan akses yang tidak dibenarkan, pengubahsuaian dan penzahiran maklumat yang dikemukakan oleh anda kepada MLA.

11.2  Akses dan penggunaan anda di laman web ini adalah atas risiko anda sendiri. Keselamatan internet adalah tidak terjamin dan MLA tidak boleh menjamin bahawa laman web akan tersedia atau bebas dari kerosakan atau virus.

11.3  MLA adalah tidak bertanggungjawab kepada anda atau pihak ketiga jika gangguan atau kerosakan sistem komputer anda berlaku berkaitan dengan penggunaan laman web ini atau sebarang laman web yang dipautkan.

12. Liabiliti

12.1 Akta Pertandingan dan Pengguna 2010 (The Competition and Consumer Act 2010) (Cth) (atau peraturan yang bersamaan di negara-negara lain) boleh memberikan hak, jaminan dan remedi hak anda berkenaan dengan penyediaan produk dan perkhidmatan oleh MLA yang tidak boleh dikecualikan, dihadkan atau diubah. MLA tidak mengecualikan hak-hak tersebut. Terma-terma dan jaminan pemulihan yang lain adalah dikecualikan.

12.2   Akses dan penggunaan anda di laman web ini adalah atas risiko anda sendiri. Setakat had maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang dan tanpa mengehadkan klausa 12.1:

  1. Laman web ini disediakan atas asas 'sedia ada' dan MLA  tidak mewarankan, menjamin atau membuat sebarang perwakilan berhubung penggunaan atau hasil penggunaan laman web ini, termasuk kebenaran, ketepatan, kebolehpercayaan, kesempurnaan atau mutakhir laman web ini atau kandungannya dan sekuriti laman web ini tidak akan dilanggar;
  2. MLA menafikan semua waranti dan jaminan bahawa laman web ini dan kandungan atau mana-mana laman web yang terpaut:

 

                                   i.         bebas daripada kesilapan, gangguan penggunaan laman web, virus, ‘worm’s, kuda Troy (Trojan horses), ‘bugs’ atau komponen-komponen yang serupa;

                                  ii.          tidak mengganggu atau merosakkan sistem komputer anda; atau

                                 iii.          tidak akan melanggar hak harta intelektual pihak ketiga; dan

 

  1. MLA tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa ganti rugi, kerugian, kos atau perbelanjaan atau kehilangan keuntungan yang berlaku secara langsung, tidak langsung, secara bersampingan, berbangkit, khas atau teladan yang hasil daripada penggunaan atau penyalahgunaan maklumat yang terkandung di dalam laman web ini atau laman web ini.

12.3 Setakat tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang, liabiliti MLA bagi pelanggaran mana-mana jaminan pengguna atau undang-undang tempatan lain yang diwajibkan, yang tidak boleh dikecualikan, adalah terhad mengikut pilihan MLA kepada:

  1. perkhidmatan yang dibekalkan atau ditawarkan oleh MLA, yang tidak biasanya diperolehi untuk kegunaan peribadi, domestik atau kegunaan atau penggunaan rumah tangga, pembekalan semula atau membayar kos pembekalan semula perkhidmatan; atau
  1. barang-barang yang dibekalkan atau ditawarkan oleh MLA, yang tidak merupakan barang yang lazim yang diperolehi untuk kegunaan atau penggunaan peribadi, domestik atau rumah tangga, mengganti, membekal setara, membaiki atau membayar kos untuk mengganti, membekal setara, membaiki barang-barang.

13. Undang-Undang Pentadbiran

13.1  Laman web ini dihoskan di Australia. Terma Penggunaan ini adalah ditadbir oleh undang-undang yang terpakai di negeri New South Wales, Australia. 

13.2 Terma Penggunaan ini adalah digubal dalam bahasa Inggeris dan bahasa rasmi negara anda. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten antara dua versi Terma Penggunaan, Terma Penggunaan bahasa Inggeris akan terpakai.

14. Hak Pihak Ketiga

14.1 Seseorang atau entiti yang tidak merupakan pihak kepada Terma Penggunaan ini tidak mempunyai hak di bawah mana-mana undang-undang hak pihak ketiga dalam mana-mana bidang kuasa yang berkaitan untuk menguatkuasakan Terma Penggunaan ini, tanpa mengira sama ada orang atau entiti itu telah dikenalpasti oleh nama, sebagai ahli sesuatu kelas atau sebagai penghuraian tertentu.

Tarikh akhir dikemaskini 01/05/2019