by Chef Pele Kuah Kambing Panggang

  • Prep 15Min
  • Cook 30Min
  • Style
  • Meat
  • Cut
  • Serves 10

Nikmatilah keindahan rasa daripada kambing panggang kami, yang lembut dan berjus, yang diberi sentuhan nyalaan api untuk pengalaman menjamu selera yang memikat.

Ingredients

BAHAN-BAHAN

  • 5kg hirisan bahu kambing Australia

Perapan Kambing

  • 300g Sos plum
  • 200g Sos tiram
  • 150g Bawang putih, dicincang
  • 20g Rosemary Segar, dicincang
  • 150g Ketumbar segar, dicincang
  • 150g Gula perang
  • 30g Serbuk stok ayam
  • 45g Serbuk paprika
  • 500ml Air
  • 45g Garam

Untuk hiasan

  • Sos pudina
  • Buah delima
  • Arugula (Daun roket)
  • Keledek goreng

Preparation

Cara Penyediaan

  1. Gaulkan semua bahan perapan kambing sehingga sebati.
  2. Masukkan 500ml air ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
  3. Ambil jusnya sahaja dan buang baki pepejal. Perapkan kambing semalaman.
  4. Bakar bahu kambing hingga sempurna, kemudian potong menjadi potongan kecil.
  5. Susun di atas pinggan dan kemudian renjiskan sos pudina dan delima.
  6. Hiasi dengan keledek goreng dan arugula.