TENTANG DAGING LEMBU AUSTRALIA

Industri daging lembu Australia mempunyai satu legasi panjang dalam menghasilkan daging lembu yang selamat dan berkualiti kepada para pelanggan di seluruh dunia.

Terdapat banyak sebab mengapa daging lembu Australia begitu popular di pasaran global, daripada piawaian teliti yang menghasilkan salah satu status kesihatan haiwan tertinggi di dunia hinggalah kepada program kebolehkesanan Australia yang terperinci.


Dengan lebih daripada 70 potongan yang berpotensi untuk digunakan, karkas daging lembu adalah yang paling serba guna daripada semua sumber protein. Dengan pelbagai tekstur, kelembutan, profil rasa dan ciri-ciri makan berkualiti, daging lembu Australia merupakan pilihan terbaik. Kepelbagaian kami yang besar itu merangkumi produk daging berkualiti tinggi daripada lembu yang diberi makan rumput, makan bijian, organik dan baka khas seperti Wagyu dan Angus.

DAGING LEMBU YANG DIBERI MAKAN RUMPUT

DAGING LEMBU YANG DIBERI MAKAN RUMPUT

Kebanyakan lembu Australia diternak secara eksklusif di padang rumput ternak. Daging lembu yang diberi makan rumput akan mempunyai pelbagai perisa, tekstur dan kelembutan disebabkan kepelbagaian di Australia yang begitu banyak iaitu dari segi baka lembu, kualiti padang rumput ternak dan jenisnya, keadaan tanah, topografi serta iklim.

Secara amnya, daging lembu yang diberi makan rumput dikatakan mempunyai rasa tanah yang kuat dan tekstur yang sangat baik. Terdapat berbagai warna lemak daging lembu yang diberi makan rumput tetapi lebih kepada kekuningan atau krim berbanding dengan daging lembu yang diberi makan bijian. Ini disebabkan oleh pengambilan karotena, sejenis pigmen yang ditemui dalam tumbuhan. Sesetengah baka juga secara amnya lebih mudah mempunyai lemak kuning. Kemarmaran pada daging lembu yang diberi makan rumput juga berbeza-beza bergantung kepada beberapa faktor, termasuk baka dan kualiti makanan.

Disebabkan oleh permintaan terhadap makanan yang semula jadi dan selamat semakin meningkat secara global, daging lembu Australia yang diberi makan rumput dilihat sebagai komponen penting sesuatu diet sihat. Diternak secara eksklusif di padang rumput ternak, daging lembu Australia yang diberi makan rumput adalah semula jadi rendah lemak dan kolesterol tetapi tinggi paras asid lemak Omega 3. Ini difikirkan dapat merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko jenis kanser tertentu. Atas sebab inilah semakin ramai pelanggan mahukan daging lembu makan rumput tanpa lemak.

 

DAGING LEMBU YANG DIBERI MAKAN BIJIAN

DAGING LEMBU YANG DIBERI MAKAN BIJIAN

Daging lembu yang diberi makan bijian diperoleh daripada lembu yang diberi rangsum penamat yang tinggi tenaga dan nutrisi seimbang untuk bilangan hari minimum yang ditetapkan. Regim pemakanan ini menghasilkan produk yang lebih konsisten dan meningkatkan kermamaran yang menyumbang kepada kelembutan dan perisa yang lebih baik serta lebih berjus. Daging lembu Australia yang diberi makan bijian biasanya menghasilkan lemak dan warna daging yang lebih konsisten. Regim pemakanan biasa di Australia adalah: tempoh singkat (100 ke 150 hari), tempoh sederhana (150 ke 200 hari) dan tempoh panjang (200+ hari). Daging lembu Australia yang diberi makan bijian dianggap sebagai antara daging lembu makan bijian yang terbaik di dunia di kebanyakan pasaran eksport.

MEMASAK DAGING LEMBU AUSTRALIA

MEMASAK DAGING LEMBU AUSTRALIA

Tidak semua daging lembu sama, dan ia juga tidak masak dalam tempoh yang sama! Daging lembu yang diberi makan rumput secara semula jadinya tidak berlemak dan hasilnya, ia masak lebih kurang 30% lebih cepat dalam kebanyakan teknik memasak. Jika anda sudah biasa memasak daging konvensional, gunakan termometer daging untuk memeriksa tahap kemasakan daging lembu Australia anda kerana ia boleh siap dengan lebih pantas.

Pilih potongan yang paling sesuai dengan resipi dan teknik masakan anda dan mulakan! Biar daging lembu anda berada pada suhu bilik sebelum mula memasak dan cuba elakkannya daripada menjadi kering. Untuk mengekalkan stik, cop dan panggangan anda empuk dan berjus, rehatkannya antara 5-10 minit sebelum memotong.

KEMARMARAN

KEMARMARAN

Kemarmaran ialah lemak terakhir yang dikumpulkan dalam badan, menjadikannya lemak yang mula-mula digunakan oleh haiwan untuk menyimpan tenaga. Jadi, untuk memaksimumkan kemarmaran dalam daging merah, lembu perlu diberi diet yang tinggi khasiat dan tenaga—sama ada rumput atau bijian. Kaedah penternakan yang berbeza memberikan hasil yang berbeza.

Kemarmaran juga boleh dipengaruhi oleh genetik. Sesetengah baka seperti Wagyu terkenal dengan ciri-ciri kermamarannya yang halus. Kemarmaran memang mempunyai kesan positif terhadap kualiti makan iaitu ia menyumbang kepada banyaknya jus dan perisa daging. Skor kemarmaran ialah satu komponen dalam sistem penggredan kualiti daging lembu AUS-MEAT. Ia merujuk kepada lemak yang terdapat antara berkas serat otot dan dinilai dalam otot mata rusuk.

Skor kemarmaran dinilai secara visual oleh seorang penggred AUS-MEAT yang berkelayakan semasa penggredan karkas dengan menggunakan skor pemarkahan daripada 0 hingga 9. Selain daripada kuantiti, taburan dan tekstur tompok-tompok lemak yang kelihatan pada mata rusuk juga diambil kira semasa penilaian skor kemarmaran tersebut.

WAGYU

WAGYU

Lembu-lembu Wagyu membawa daging lembu ke satu tahap yang lain. Daging lembu Wagyu dikenali di seluruh dunia kerana teksturnya yang cair di mulut, kekuatan perisanya dan kelembutannya. Wagyu merujuk kepada baka lembu yang berasal dari Jepun, yang secara genetiknya mempunyai kemarmaran yang halus. Baka ini tidak dapat ditandingi kemarmaran dan keupayaannya dalam meningkatkan kualiti daging melalui program kacuk silang. Wagyu yang paling terkenal berasal dari daerah Kobe. Wagyu memberikan rasa yang lebih kuat kerana komposisi lemaknya yang lebih lembut, lebih tinggi kandungan lemak tak tepu yang menyihatkan, tekstur daging yang lebih baik dan hasil mata rusuk yang lebih tinggi. Bukan sahaja kermarmarannya mengagumkan, pengalaman memakannya juga begitu.

Pengeluaran Wagyu di Australia boleh dibahagikan kepada dua bahagian besar: penghasilan Wagyu yang dibiak tanpa kacuk untuk sama ada dijadikan stok benih atau lembu pengganti dan lembu sembelih, atau penggunaan Wagyu dalam program kacuk silang bagi menghasilkan lembu pengganti dan lembu sembelih.

Nilai pasaran Wagyu yang tinggi akan menarik pelanggan yang paling bijak menilai ke perniagaan anda.

Carta Potongan Daging Lembu Australia dan Pemakanan

Klik pada carta di bawah untuk mengetahui lebih lagi tentang setiap potongan.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAPATKAN RESIPI YANG MENGGUNAKAN POTONGAN-POTONGAN INI
Cheek Ribs Prep Strip Loin Top Sirloin Top Round Ox Tail Bottom Round Tri-Tip Tenderloin Hanger Skirt Flank Rib Eye Brisket Clod Chuck Shin
PANDUAN PRODUK

PANDUAN PRODUK

Sama ada anda menyalakan gril untuk memanggang stik skirt yang diperap dengan pelbagai rempah-ratus eksotik atau terus saja memasak sirloin dalam kuali, anda pastinya gembira kerana membawa daging lembu Australia yang sihat, beraroma dan mampan ke parti.

 

MUAT TURUN DI SINI

Dapatkan lebih banyak maklumat

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PENGELUARAN